SELAMAT DATANG^-^

Hi guys..Welcome to Mr Dong's and Miss YaYa's Blog..Your comments, suggestions, "kritikan membina" are most welcome..Who am I? I let you know then. I'm just that girl who loves and has passion in PHOTOGRAPHY, DANCING, ART and FOOD. Currently a student of Food Science and Technology , Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. WARNING:THIS BLOG CONTAIN A LOT OF PHOTOS, IT MIGHT GIVES YOU HEADACHE OR SOAR EYES. SO BE CAREFUL. AND ALL THE PHOTOS ARE MY COPYRIGHT ANY SHARING OR CARING PLEASE INFORM ME. THANK YOU

Tuesday, January 17, 2012

Layakkah Aku?

"...Terimalah seseorang seadanya, Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai..."

Assalamualaikum semua!
Maaf atas kelambatan menghupdate blog, tahap kemalasan masih ada dan idea baru sampai..hikhikhik
Mesti tertanya-tanya apa yang layak ni kan?


Tengok aku dah dah dapat sijil kahwin. Haha. So maknanya aku layaklah berkahwin kan?
Aku pergi kursus Pra Perkahwinan ni bukan dengan pasangan tetapi dengan kawan-kawan aku. Yelahkan aku ni belum punya calon so pergi dengan kawan-kawan je lah. 
Aku pergi dengan niat nak belajar dan sementara ada peluang ni aku pergi je lah, murahlah katakan. Time tu je murah time lain, yurannya sama seperti apa yang biasa korang tengoklah.
Bagi aku kursus ni sangat bermanfaat sebab memberi ilmu tentang perkahwinan. 

Antara perkara-perkara yang disentuh dalam kursus ini ialah
Akidah
Ibadah
Akhlak
Perkahwinan dan prosedur
Hubungan Dalam Keluarga
Pengurusan Kewangan dan Masa
Pengurusan Kesihatan
Komunikasi Suami Isteri
Pengurusan Tekanan dan Konflik Kehidupan
Pembubaran Perkahwinan


Mungkin kalau korang lihat dari segi akidah, ibadah dan akhlak kita dah belajar dah masa sekolah, tetapi perkara ini adalah yang paling penting dalam membina rumah tangga. Sekiranya kita punyai kekurangan dalam agama, kita berusaha untuk meningkatkannya. InsyaAllah perkahwinan itu diredhai Allah.
Bukan suka-suka je nak kahwin. Kau cinta aku, aku cinta kau. Ok jom kahwin! Amboi senang cerita, kalau macam tu masa kanak-kanak pun boleh kahwin kan?
Perkahwinan itu suatu ibadah, jadi bila ianya satu ibadah maka terdapat tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Kalau kita lihat, cukupkah ilmu agama kita, cukupkah tahap kesabaran kita melayan karenah suami atau isteri, cukupkah kewangan kita untuk menanggung perbelanjaan setelah berkahwin. Bukan sahaja tentang suami isteri tapi tentang keluarga mertua sanak saudara. Memang betul ilmu itu tak pernah habis, tapi sebelum berkahwin ada lah lebih baik kita berusaha memperbaiki diri dan membuat persediaan supaya nanti menjadi suami atau isteri soleh dan solehah. InsyaAllah.

"Kalau suka jumpalah ibu bapa. Sayangnya, tiada yang berani, tanda tak bersedia. Kalau tak sedia, kenapa bercinta? Bukankah itu pintu zina semata-mata? Nauzubillah. Aku berazam membangkitan mereka daripada kelalaian fitnah wanita di akhir zaman dengan sebuah prinsip dan ketegasan."
~Ustazah Fatimah Syarha~

Masa aku pergi kursus ni, ceramah-ceramah yang disampaikan oleh ustaz-ustaz membuatkan aku rasa, indahnya bercinta selepas kahwin. Orang yang dah berkahwin pun aku rasa, kalau pergi ke kursus ni pun ok apa. Aku bukanlah orang yang tinggi ilmu agamanya, tetapi ini berdasarkan dari ceramah-ceramah yang aku hadir dan juga dari pembacaan. Bab-bab agama lebih baik ditanyakan kepada mereka yang punya ilmu yang meluas.
Itu sebabnya aku boleh menyatakan bahawa aku masih belum layak lagi untuk berkahwin.
Banyak lagi yang perlu aku perbaiki. 
Mesti korang ingat aku ni menggatal nak kahwin kan sebab pergi kursus perkahwinan. Haiyo, anggaplah ianya satu ilmu untuk masa hadapan.
Siapa yang ada peluang untuk ke kursus ni, teruskanlah. Bagi aku, kursus ni memberi ilmu dan bermanfaat walaupun belum punya calon lagi.hehe:) Dalam kursus yang aku pergi tu, ustaz-ustaz tu semua cakap lepas je, aku dengan kawan-kawan aku sampai tutup telinga. Haha. Tapi yang bestnya ustaz-ustaz tu memang lawak, asyik gelak je dalam ceramah tu.Hehehe.

Diatas kesempatan ini, I want to say CONGRATULATION to my beloved English Lecturer, Madam Farrah for her wedding, May Allah bless you all the way! 
Awhh..She looks so cute and beautiful!

"Suamiku, aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agamu, hilanglah cintaku padamu."
(Adaptasi kata-kata Imam al-Nawawi)

P/s: Sekiranya ada salah aku mohon maaf dan mohon perbetulkan kesalahan aku.
Terima kasih semua^^
Panjang lebaq aku taip hari ni. Hahaha

Monday, January 2, 2012

Final Exam Pembuka Tirai 2012

"Orang yang berjaya bukannya mereka yang tak pernah gagal, tetapi mereka yang bangkit kembali selepas mengalami kegagalan"~Hukama~

Assalamualaikum semua. 
Memang dah lama tak update blog. Bukan apa, mungkin kerana tahap kemalasan tu masih tinggi.hahaha.
Anyway tomorrow is my first day of final exam. Takut, gembira, cuak semua ada. Haiyo..gembira la sangat. Wey takut wey. Semua killer paper.


Gambar di atas menunjukkan Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Semester 1 Sesi 2011/2012
Ini hanya untuk pengetahuan korang apa maksud di sebalik kod kursus tu.

FST 4821 : CHEMISTRY AND TECHNOLOGY OF PLANT AND ANIMAL PRODUCT/ KIMIA DAN TEKNOLOGI HASILAN TUMBUHAN DAN HAIWAN
FEM 3303: PLANNING AND EVALUATION OF PROGRAMS/ PERANCANGAN DAN PENILAIAN PROGRAM
FST4914: ENGINEERING OF FOOD WASTE INDUSTRY/ KEJURUTERAAN SISA INDUSTRI MAKANAN
FST4825: FOOD LAW/ PERUNDANGAN MAKANAN
FST3305: UNIT OPERATIONS IN FOOD PROCESSING 2/ OPERASI UNIT PEMPROSESAN MAKANAN 2
FST3113: NUTRITIONAL CHANGES IN FOOD/ PERUBAHAN PEMAKANAN DALAM MAKANAN
FST4822: CHEMISTRY AND TECHNOLOGY OF PLANT AND ANIMAL PRODUCT LABORATORY/ AMALI KIMIA DAN TEKNOLOGI HASILAN TUMBUHAN DAN HAIWAN

Tu dia!! Kemain panjang lagi nama subjek aku sem ni. Nampak tak yang aku highlight merah tu? Hamek kau satu hari 3 paper! Memang terbaik!
Aku tahu ramai di luar sana pun tengah cuak dan gementar dengan exam korang, regardless what course are you taking now.

“Many of life’s failures are people who did not realize how close they were to success when they gave up.” ~ Thomas Edison~


Study study jugak wey, tapi Sudoku tetap di hati, eh ape kes.
Maksud aku kat sini jangan stress sangat. Sedikit stress tak apa tapi jangan terlampau stress.
Untuk korang, korang, korang dan aku jugak :D
# Jangan lupa bahawa Allah sentiasa dengan kita dan ingatlah dia selalu susah dan senang, jangan tinggal solat, baca al-Quran dan banyakkan berdoa.
# Makan jangan tak makan, penting tau!hehe
#Kalau boleh ambil sedikit masa untuk diri sendiri, jangan nak mengadap nota ja, tak kuar bilik langsung,siap ade kepingan roti dan segulung megi di rambut.haha
 Macam aku buat Sudoku, tengok Running Man, pastu gelak guling-guling. (jangan ikut cara aku ni). Buatlah apa-apa yang korang suka supaya dapat kurangkan sedikit stress.
# Jaga kesihatan korang, tidurlah awal time exam week ni, ok?

To all my friends out there, lets end this semester with lots of love! (tak ada kena mengena ngan exam pun)
*To all foodtech students third year, lets meet up again in the final year, do your best for internship. Jangan lupa kat aku ye.
*To all of you that will be taking exams, good luck and do your best not try your best!
^^
P/s: Lepas exam jom hang out!:D