SELAMAT DATANG^-^

Hi guys..Welcome to Mr Dong's and Miss YaYa's Blog..Your comments, suggestions, "kritikan membina" are most welcome..Who am I? I let you know then. I'm just that girl who loves and has passion in PHOTOGRAPHY, DANCING, ART and FOOD. Currently a student of Food Science and Technology , Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. WARNING:THIS BLOG CONTAIN A LOT OF PHOTOS, IT MIGHT GIVES YOU HEADACHE OR SOAR EYES. SO BE CAREFUL. AND ALL THE PHOTOS ARE MY COPYRIGHT ANY SHARING OR CARING PLEASE INFORM ME. THANK YOU

Friday, August 26, 2011

Kesalahan Berhari Raya

Assalamualaikum. 
Baiklah ini entry terakhir sebelum raya. Maknanya aku tak akan online sampai lah aku balik rumah. Sebab kat umah atuk aku tak ada internet. huhuhu..

Kadang-kadang kita tidak sedar kesalahan yang kita lakukan semasa berhari raya. Jadi eloklah kita sama-sama memperingati antara satu sama lain. Entry ini jugak untuk peringatan aku jugak. Tadi semasa membelek belek Majalah Solusi Isu 34, aku terbaca satu page ini about the wrong doings during Hari Raya.


  • Bermegah-megah dengan persiapan hari raya yang melampau dari segi pakaian, dekorasi rumah, menu dan sebagainya. Pembaziran berleluasa.
  • Bersalaman antara lelaki dan perempuan ajnabi.
  • Beria-ria solat sunat Hari Raya tapi tidak solat Subuh dan Zuhur.
  • Tabarruj (melampau dalam berhias) bagi wanita.
  • Makan berlebihan.
  • Minta maaf bermusin; hanya pada hari raya sahaja.
  • Tidak mengutamakan menziarahi jiran, saudara-mara, rakan taulan, tetapi sibuk menonton TV di rumah terutamanya bagi generasi muda.
  • Raya sebulan sehinggakan terlupa untuk berpuasa enam dalam bulan Syawal. Padahal dalam Islam, raya Aidilfitri hanya sehari . Sebab itulah hanya 1 Syawal sahaja yang diharamkan berpuasa, sedangkan hari raya kedua dan seterusnya sudah boleh mula berpuasa sunat.
[Source: Majalah Solusi Isu 34 page 72]

So korang semua dah besar fikir-fikirkanlah. Korang dah boleh beza antara baik dan buruk.
Memandangkan aku akan bertolak pulang ke Batu Pahat, Johor pada esok pagi, so korang jangan rindu kat aku sebab aku tak online. hahahahaha
P/s: Siapa yang tahu alamat rumah aku tu, marilah datang raya kat umah aku sahabat-sahabatku. Pintu aku sentiasa terbuka untuk korang, kecuali pencuri, perompak, penyamun, sorry you guys are not invited. Tendang jauh-jauh..

Woot- woot Posto Lagi

Assalamualaikum
Tadi aku baru je dapat satu lagi kad raya. Ok poskad bukan kad..aish lebih kurang le tu.
Orang yang kelima bagi aku kad raya ialah En. Amier Azrul. Merupakan senior aku jugak dekat UPM. Banyak beno senior aku kan?hahahahaha
Perkenalkan blog beliau!


Uih! Hensem kan dia you alls!!hahaha..
Tapi maaflah sudah berpunya..kuikuikui
So jom lah terjah dia! Bukan terjah orangnya tapi blog nya.
One more thing I always read his blog!

P/s: Abang Amier suruh aku visit blog dia selalu..So pesanan tuk Abang Amier visit lah blog saya selalu..hehehe

Thursday, August 25, 2011

Terima Kasih Daun Keladi, Nanti Bagilah Lagi

Assalamualaikum.
Di sini nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang telah bersusah payah kepada mereka yang telah memberi kad raya pada aku. Memang hati ku berbunga-bunga bila abang posmen yang hensem lagi macho dengan uniform nya datang menyampaikan kad raya pada aku. ~Ceh ayat aku taknak kalah lagi tu~
Anyway, ini dia mereka-mereka yang baik hati memberi kad raya pada aku. Jom terjah blog mereka!!

Orang yang pertama yang hantar kad raya pada aku jatuh kepada En. Penyu!! Nama gelaran yang diberi adalah penyu tapi nama sebenar ialah Muhd Fadil. Orangnya peramah lagi femes! Lagi-lagi dekat Blogger Perak, retis gitu! hahahahaha...korang jangan risau entry dia best-best dan dia merupakan salah satu blog yang bila update je aku baca. Conform korang tak rugi punya baca blog dia.

Orang kedua yang bagi aku kad raya ialah En. Iskandar Shah!!Oh yeah dia ni senior aku di UPM tapi dia dah graduate. Dah habis belajar. Blog dia sangat kemas dan cara penulisannya sangat teratur. Mudah untuk dibaca. Orangnya lawak dan mempunyai pendapat yang tersendiri. Memang aku rajin baca blog dia bila dia update. Tak rugi jugak baca blog dia. (En. Iskandar bila lagi agaknya boleh perform sama-sama ya?)

The third one goes to Cik Fiezah Kecik. Dari nama mungkin orangnya kecik comel. Dia pernah join aku punya Kad Raya Giveaway. Dari alamat yang diberi, dia tinggal di Sarawak. Jauh siot!! Masa nak pos kad raya tu risau je aku kad raya tu tenggelam dalam laut. Hahaha. Aku pun tak sangka dia akan balas kad raya aku. Thank you dear. 

Now the fourth one goes to Cik Norhidayah Muhamad Yusni. Thank you so much dear. Aku kenal dia di Life with Sandra Facebook Group. Mula-mula aku pos kad raya dulu then dia balas balik. Bekerja di KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA, Putrajaya. So siapa-siapa nak tanya berkaitan dengan pendidikan boleh lah tanya pada Cik Norhidayah ya..hehehe

Ok memang aku tak popular sebab 4 keping kad raya je yang aku dapat. Tapi takpe, aku sangat gembira dan berterima kasih dengan keikhlasan mereka yang telah memberikan aku kad raya. A zillion thank you and kisses for you guys!!


P/s: Terjah lah blog mereka ni. Mereka ini bukan sahaja baik hati tapi macho, hensem, kacak, tampan, cantik, comel, pretty, awesome, amazing people. Ok aku tak tahu apa lagi kata adjektif yang sewaktu dengannya akibat kekurangan vocabulary.
Ok chill guys!
  

Monday, August 22, 2011

Kisah Ibu yang Cantik


Assalamualaikum. Aku ada terbaca sebuah cerpen dari buku teks bahasa inggeris. Tapi aku tak ingat buku teks tingakatan berapa. Di antara tingakatan satu hingga tingkatan tiga. Dah lama dah aku baca. Tapi sampai sekarang aku still ingat lagi sebab cerita ni memang terbaiklah. Aku tak ingat ayat nya sebijik-sebijik. Tapi cerita nya lebih kurang begini lah, content yang nak disampai lebih kurang sama la.
Gambar di atas tak ada kena mengena dengan cerita di bawah sekadar hiasan..hehehe

Pada suatu hari, seorang ibu membawa anak perempuannya ke pasar untuk membeli barang. Kawasan pasar tersebut sangat lah sibuk. Ketika leka membeli barang, budak perempuan tersebut tiba-tiba kehilangan ibunya. Maka, budak perempuan tersebut menangis sambil memanggil ibunya. Teriakan budak perempuan tersebut didengari oleh seorang pengawal keselamatan.

Pengawal keselamatan: Adik, kenapa menangis?
Budak perempuan: Saya hilang ibu saya. Saya mahukan ibu saya.
Pengawal keselamatan: Siapa ibu adik?
Budak perempuan: Ibu saya ialah perempuan yang paling cantik di kampung ini.

Oleh itu,pengawal keselamatan itu mengarahkan supaya semua perempuan paling cantik berkumpul disitu.

Pengawal keselamatan: Adik, yang mana satukah ibu adik?
Budak perempuan:  Semua bukan ibu saya. Ibu saya ialah perempuan paling cantik dalam kampung ni. (Sambil menangis)

Sekali lagi, pengawal keselamatan itu membawa lebih banyak perempuan-perempuan yang cantik berkumpul.

Pengawal keselamatan: Adik, yang mana satukah ibu adik?
Budak perempuan: Bukan, bukan. Semua bukan!Huhu..

Tiba-tiba terdengar seorang perempuan memanggil nama budak perempuan tersebut.

Ibu: Oh anakku! Maafkan ibu ya!
Budak perempuan: Ibu! Jangan tinggalkan saya ya.

Semua penduduk kampung termasuk pengawal keselamatan itu terdiam dan terkejut melihat ibu kepada budak perempuan tersebut.  Wanita itu mempunyai susuk tubuh yang besar dan gemuk dan kulitnya yang gelap dan kasar. Semua orang berbisik-bisik mengatakan bahawa wanita itu hodoh. Namun, anak beranak tersebut meninggalkan pasar dengan gembira.

Moral of the story : 
“I love you not because you are beautiful but you are beautiful because I love you”

Ok korang faham tak cerita ni. Masa aku baca cerita ni aku tertarik dengan ayat moral of the story tu. Seriously it is true. Kadang-kadang kita terlepas pandang benda macam ni. Tak kisah lah rupa orang tu macam mana, yang penting kita sayang kat dia. Kadang-kadang orang bercakap, kenapa lah suami dia hensem tapi isteri tak lawa. Itu yang orang lain nampak. Tapi di mata suami, isteri dialah yang paling cantik sekali. Same goes to our mother. I still think my mom is the most beautiful women in the world!

P/s: Don’t judge a person based on their appearances, because you might be wrong. Know them first then you judge.
Calling other people ugly doesn't make you any prettier

Friday, August 19, 2011

Entry Suka Hati! [Pictures Edited]







P/s: Aku bosan. Dan dialog di atas hanya rekaan semata-mata
wahahahaha

Thursday, August 18, 2011

Cara - cara Nak Dapat Kad Raya Yang Banyak

Assalamualaikum. 
Aku nak bagi korang tips yang aku rasa memang korang akan dapat banyak kad raya.



#1
Korang join semua GA yang ada kat dunia ni. GA makcik sebelah, atuk kat kampung, cucu Nek Milah kampung depan. Semua korang join. So possibility untuk dapat kad raya sangatlah tinggi. Lepas tu kalau tak cukup lagi korang pergi google. Carilah mana-mana blog atau web yang buat GA Kad Raya.

#2
Kan FB dan twitter ada orang buat status " Siapa nak KAD RAYA, cepat bagi alamat" So korang jangan lah lepaskan peluang itu!! Bagilah alamat dengan cepat sekali!

#3
Yang ketiga, korang hantar mesej kat kawan-kawan korang. "Assalamualaikum, aku bagi alamat kat korang ni. Jangan lupa bagi kad raya. Ailebiu! No Pilih Sendiri. Jalan Simpang Siur, Kampung Penuh Lalat. 00000 Negeri Bawah Tanah" Hantar ramai-ramai tau. Bukan satu dua je. Mesti ada di antara mereka yang akan hantar punya.

#4
Untuk tips ini, kalau korang memang muka tebal. Korang pergi jiran sebelah, jiran jiran sebelah, jiran sebela sebelah. Korang mintak la jasa baik mereka untuk memberi kad raya. Korang tolong lah cuci tandas ke, jadi babysitter ke. Disebabkan tujuan korang ialah kad raya, so tolak duit, mintak kad raya je.

#5
Aku ada terbaca kat blog En Syakir. Dia kata "jeles bile adik bradik dpat kad raya bnyk? tips ni korg kne bgun seawal yg mungkin...pastikan bile posmen dtg cpat2 tukar smpul kad raya tuh yg telah ditulis nama korg...lpas tuh mengejutkan adik bradik yg sdg nyenyak tidur smbil terlompat2 mengatakan korg dapat kad raya.....hahahhaha" . Yang ni pun boleh guna pakai jugak.

#6
 Yang ni paling senang sekali. Yang paling penting korang ada banyak duit. Korang pergi kedai. Pastu korang beli kad raya untuk diri sendiri. Conform korang dapat banyak kad raya.

hahahahahahahahaha..
Ini tips untuk korang. So jangan lupa mencuba ya. Pasti korang akan dapat kad raya banyak sekali.

P/s: Entry ini hanya untuk suka-suka. Tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Siapa yang nak bagi kad raya tu yang penting adalah KEIKHLASAN. Chill guys!

Wednesday, August 17, 2011

#8 Wordless Wednesday


Hei Kawan-kawan! Ini untuk You All!!

Assalamualaikum..
Ini aku tujukan kepada semua sahabat-sahabat saya
Credit to Cik Una sebab introducekan video ni kat aku


If you ever find yourself stuck in the middle of the sea
I'll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can't see
I'll be the light to guide you

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

If you toss and you turn and you just can't fall asleep
I'll sing a song beside you
And if you ever forget how much you really mean to me
Everyday I will remind you

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh, yeah, yeah

You'll always have my shoulder when you cry
I'll never let go, never say goodbye

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

You can count on me 'cause I can count on you

P/s: Bukan mudah untuk mencari sahabat sejati. Tapi kalau dah jumpa, jangan lepaskan mereka!

"Don't walk in front of me, I may not follow. Don't walk behind me, I may not lead. Just walk beside me and be my friend."
Albert Camus


Tuesday, August 16, 2011

Lawak Ketika Berbuka

Assalamualaikum.
Aku nak cerita satu kisah yang aku rasa lawak sebab tengah dok berbuka tadi aku dan ibu aku hampir tersembur dengan kelawakannya. Aku tak tahu lah kalau korang boleh faham ke tak. Sebab kalau live mungkin faham kot. Takpelah aku cerita je lah..

Ketika sedang sibuk menyuap nasi di mulut:

Ayahku: Tau tak sunat ni ada keburukan nya?
Aku: Ada keburukan? (Dalam hati, aish ayah ni biar betul. Tak kan perkara-perkara sunat macam solat sunat ni boleh ada keburukan)
Ibu aku pun dah buat muka pelik jugak.
Aku dah mula ragu-ragu. Dan berfikir apalah keburukan membuat perkara sunat.
Ayahku: Betul ayah tak tipu. Yelah kalau dah hari ni sunat esok sunat. Tinggal ape je? Tiap-tiap hari nak sunat. Ape je yang tinggal.

Maka dengan itu baru lah aku faham sunat apa yang dimaksud.
Bertuah punya ayah. Boleh dibuat lawak macamtu. Oleh itu, aku dan ibuku tertipu dan kami gelak dengan gembiranya. Sengal betul lawak ni. Serius aku rasa lawak gile..dan aku sakit perut dengan lawak ayah aku tu. 
Ok aku tau korang tak faham. Dan benda ni tak lawak pun. Tapi tolong lah anggap ianya lawak.


P/s: Korang berbuka apa tadi?Korang nampak gambar di atas?Itu salah satu juadah berbuka aku. haha. Sedapkan. Memang sedap. Beria aku hias dan tangkap gambar sebelum berbuka tadi.
~lalalala~

Baju Raya, Penting ke?


Assalamualaikum..Semua orang mesti dah siap baju raya kan.Memandangkan puasa pun tinggal lebih kurang 15 hari lagi. Ramai pun dah mula sibuk dengan persiapan raya. Rasanya semua kedai baju, shopping mall sesak dengan manusia, lagi-lagi time weekends.

Sebenarnya tak salah untuk kita membeli baju raya tiap-tiap tahun. Tiap-tiap tahun baju raya berubah mengikut warna. Tapi apa yang kita perlu ingat ialah jangan membazir hanya untuk membeli baju raya. Kalau sepasang baju boleh mencecah hampir RM200 ringgit, bagi aku itu mungkin agak keterlaluan. Mungkin bagi orang lain, mereka merasa kan bahawa RM200 itu harga normal bagi sepasang baju. Tapi tidak bagi aku. Mungkin sebab aku bukan lah orang yang kaya dan mampu untuk membeli macam-macam jenis baju. Bukan aku suruh beli baju murah ke apa, cuma membeli ikut kemampuan dan keperluan. Dan untuk mengelak dari perasaan riak. Kalau beli baju baru tu jangan lah pulak pergi menunjuk-nunjuk satu kampung yang kita dah beli baju raya. Itu riak namanya. Dan riak itu berdosa.

Tak kisah lah baju raya tu baju lama, yang penting bersih dan sedap mata memandang. Jangan lah pulak pakai baju yang dah tumpah kari kat atasnya. Orang lain tengok pun semacam. Haha.. Aku sendiri pun tak buat baju raya tahun ni. Tak teringat pun nak buat baju baru. Sampai nak dekat puasa baru ibu aku tanya bila nak hantar kain. Memang dah terlambat la kan. Sebab time-time dah dekat puasa memang tukang jahit dah tak terima kain-kain ni. Lagipun baju-baju yang ada tu masih lagi elok. So aku pakai je lah apa yang ada. Syukur, Alhamdulilllah kita sudah kira beruntung sebab mampu untuk membeli baju raya baru. Tapi bagaimana nasib mereka yang miskin dan tak mampu?

 Uih lawa beno awek-awek pakai baju kurung ni. Hehe..Boleh ngorat?

P/s: Baju RM200 tak ada kena mengena dengan sesiapa pun. Aku saja letak. Baju kurung sepasang RM80 pun aku dah tak mampu. Haha..Chill guys!

Saturday, August 13, 2011

[UPDATE] OFFICIAL LIST OF BLOGGER FOR KAD RAYA GIVEAWAY

Assalamualaikum
Kad Raya Giveaway has officially ended!So now I'm going to list out the blogs that will receive Kad Raya from me..Please take note ya to these blogs.

  1. http://izzwanariff.blogspot.com/2011/08/kad-raya-giveaway.html (Received)
  2. http://dyladola123.blogspot.com/2011/08/kad-raya-giveaway.html (Received)
  3. http://estrellaisstar.blogspot.com/2011/08/1st-ga.html (Received)
  4. http://kunangkunang3017.blogspot.com/2011/08/kad-raya-giveaway.html
  5. http://along-nidar.blogspot.com/2011/08/kad-raya-giveaway.html (Received)
  6. http://giftcikbunny.blogspot.com/2011/08/kad-raya-giveaway.html (Received)
  7. http://fadzillah-kamarudin.blogspot.com/2011/08/kad-raya-giveaway.html (Received)
  8. http://fiqrakendet.blogspot.com/2011/08/kad-raya-giveaway.html (Received)
  9. http://cokelatdanaiskrim.blogspot.com/2011/08/kad-raya-giveaway.html (Received)
  10. http://zaiikulim.blogspot.com/2011/08/kad-raya-giveaway.html (Received)
  11. http://ezdarkexiouse.blogspot.com/2011/08/kad-raya-giveaway.html (Received)
  12. http://puterimawarmerahku.blogspot.com/2011/08/kad-raya-giveaway.html (Received)
  13. http://ablogforgiveawaylovers.blogspot.com/2011/08/kad-raya-giveaway.html (Received)
  14. http://aizurasatusatu.blogspot.com/2011/08/kad-raya-giveaway.html (Received)
  15. http://nanakimie.blogspot.com/2011/08/kad-raya-giveaway.html (Received)
  16. http://hairulizacontestga.blogspot.com/2011/08/kad-raya-giveaway.html (Received)
  17. http://nonasani.blogspot.com/2011/08/kad-raya-giveaway.html (Received)
  18. http://duniafantasicra.blogspot.com/2011/08/kad-raya-giveaway.html (Received)
  19. http://sukahati-fieda.blogspot.com/2011/08/kad-raya-giveaway.html (Received)
  20. http://ainunqalbi.blogspot.com/2011/08/kad-raya-giveaway.html  (Received)
  21. http://vanillaicegirls.blogspot.com/2011/08/kad-raya-giveaway.html (Received)
  22.  http://cikedispedas.blogspot.com/2011/08/kad-raya-giveaway.html (Received)
  23.  http://azatiesayang-contest.blogspot.com/2011/08/kad-raya-giveaway.html (Received)
  24.  http://ckinro.blogspot.com/2011/08/kad-raya-giveaway.html
  25. http://goldenrosegacontest.blogspot.com/2011/08/aku-nak-bagi-kad-raya-siapa-nak.html (Received)
  26. http://fiezahkecik.blogspot.com/2011/08/kad-raya-giveaway.html (Received)
  27. http://interpretasiotak.blogspot.com/2011/08/kad-raya-giveaway.html
  28. http://loveblogcontest.blogspot.com/2011/08/aku-nak-bagi-kad-raya-siapa-nak.html
  29. http://suhailasellaginella.blogspot.com/2011/08/kad-raya-giveaway.html
  30.  http://bittersweetanyway.blogspot.com/2011/08/kad-raya-giveaway.html
Oh. Kenapa tiba-tiba ada 30 blog. Sebab kad raya ada lebih. hahaha. Tak apalah rezeki mereka semua dapat kad raya dari aku..Kalau ada yang dah hantar detail tapi aku tak letak received, please inform.
So sekali lagi aku mohon kepada blog-blog ini minta nama penuh dan alamat surat menyurat anda untuk aku poskan Kad Raya. 
Inbox to my FB or email
blackcaramel90@gmail.com

One more thing, state your blog/no so that i could recognize you.  Some already inbox me the address, thank you so much..the other please ya..i hope that i could settle it by this Sunday. So that i can start post the Kad Raya on Monday..Hoorray!!

p/s: Thank you everyone for joining!! and it is a pleasure to know you guys. 

Thursday, August 11, 2011

Kata-Kata Imam Shafie Mengenai Sahabat

Assalamualaikum..

"A real friend is one who walks in when the rest of the world walks out."

1. Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.
2. Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yan sejati kecuali menolong ketika susah.
3. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku.
4. Ku kunjungi sribu negara namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia
5. Tidak semua orang yang kau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan.
6. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
[Source: ILUVISLAM(5-11 Ogos 2011 MS:24)]

6 perkara di atas adalah Kata-kata Imam Shafie mengenai sahabat. Aku rasa semua orang pun mempunyai kawan. Tak kisah lah kawan tu lain agama ke lain bangsa ke lain kewarganegaraan . Bagi aku sahabat adalah salah satu perkara penting dalam hidup aku. Mungkin sebab sahabat menjadi tempat untuk meluahkan perasaan yang mungkin parents kita tak faham. Sahabat menjadi tempat untuk kita share the same interest.
Tapi kerana kawan juga kita boleh terjerumus ke lembah yang tak elok. Kawan ni boleh jadi yang bawa kita ke perkara-perkara yang negatif. Tu sebab nya memilih kawan adalah penting. 
Aku jenis yang berkawan dengan ramai orang. Macam-macam jenis orang. Tapi kita sebagai manusia yang punyai akal fikiran, guna lah akal tu untuk memilih antara yang baik atau yang buruk. Alhamdulillah setakat ini sahabat-sahabat aku masih lagi yang positif. Belum ada lagi yang kawan yang makan kawan. Aku pun ada kawan yang pelik-pelik ni, tapi aku tak adalah terikut-ikut.
Kawan boleh menjadi pengaruh yang sangat kuat dalam kehidupan seharian. Kadang-kadang kerana kawan kita sanggup membelakangi ibu bapa. So pandai-pandai lah pilih kawan ye, kawan-kawan sekalian!:)



"In good times, in bad times I'll be on your side forever more, that's what friends are for."
- "That's what friends are for"-

P/s: I miss my friends!!

Wednesday, August 10, 2011

#7 Wordless Wednesday


Oh! Fobia!


Assalamualaikum..
Daripada definisi aku, atau apa yang aku faham fobia itu adalah ketakutan yang terlampau terhadap sesuatu benda atau situasi. Kan? Korang setuju tak? Korang ada perasaan fobia terhadap sesuatu? Aku rasa kalau setakat takut biasa atau geli itu bukan fobia. Fobia ni macam contohnya korang fobia dengan lipas. Korang rasa kalau lipas tu dekat dengan korang, korang akan mati, contoh je ek. Rasa lipas tu akan makan korang, menyebabkan kesukaran bernafas dan lain-lain. Ketakutan yang melampau-lampau.
Ok. Setelah membuat sedikit pembacaan
             
   A phobia is defined as the unrelenting fear of a situation, activity, or thing that causes one to want to avoid it.(Source:http://www.medicinenet.com/phobias/article.htm)

“A phobia is different because it is an extremely strong fear of a situation or thing. It is also a kind of fear that doesn't go away. Kids who have phobia will be afraid of something every time they see or experience it. They won't just be afraid once or twice. Kids who have phobias often go out of their way to avoid the situation or thing that scares them.” (Source http://kidshealth.org/kid/feeling/emotion/phobias.html)

Apa yang aku faham di sini ialah, ketakutan yang tak dapat dibendung. Takut yang sangat takut. The second meaning may show phobias for kids. But I think it also happen to adults too.
              
  A phobia is a type of anxiety disorder, usually defined as a persistent fear of an object or situation in which the sufferer commits to great lengths in avoiding, typically disproportional to the actual danger posed, often being recognized as irrational.(Source:http://en.wikipedia.org/wiki/Phobia)

Tiga definisi ni memberi maksud yang sama. Takut, risau. Kadang-kadang kita tak sedar kita ada fobia ke atas sesuatu. Tapi setakat ni aku tak ada lah pulak fobia kat sesuatu benda atau situasi. Cuma kalau aku kat tempat tinggi, aku gayat dan aku suka berfikir sesuatu yang negatif. Does that consider as phobia?
Kat bawah ni contoh fobia yang biasa aku dengar, yang pelik pun ada, yang aku rasa lawak pun ada, yang aku tak pernah dengar pun ada.


Achluophobia - Fear of darkness. 
Acrophobia - Fear of heights. 

Anthropophobia - Fear of people or society.
Arachnophobia - Fear of spiders.
Barophobia - Fear of gravity.
Chromophobia - Fear of colors.
Claustrophobia - Fear of confined spaces.
Hemophobia - Fear of blood.
Mageirocophobia - Fear of cooking.
Phobophobia - Fear of phobias.
Venustraphobia - Fear of beautiful women.

Pelik-pelik je aku dengar nama-nama phobia ni. Sebenarnya banyak lagi tapi kalau aku dok senaraikan kat sini, juling pulak mata nak baca kan. Lebih lanjut tentang  phobia ni aku tak dapat la nak sampaikan. Cuma ini sedikit sebanyak dari pembacaan aku. More about phobia better consult to specialist doctor. Aku buat entry ni sebab aku curious tentang fobia. Mungkin ada rakan-rakan di luar sana yang lebih handal tentang bab ini. Kalau ada salah information ke penambahan idea ke, maklumkan kepada aku. Sharing is caring right?

P/s: Bagi yang fobia kepada perempuan cantik jangan risau aku tak cantik..hahaha
I may not beautiful on the outside, but I'm beautiful in the inside..
hahaha ~ayat tak nak kalah~

Tuesday, August 9, 2011

[Update] Senarai Blog Yang Akan Menerima Kad Raya

Assalamualaikum.
Aku nak update senarai blog yang akan menerima kad raya daripada aku.Aku masih terima siapa yang join GA ni, until this Friday/ until I get 20 people.

8. http://fiqrakendet.blogspot.com/2011/08/kad-raya-giveaway.html
9. http://cokelatdanaiskrim.blogspot.com/2011/08/kad-raya-giveaway.html
10. http://zaiikulim.blogspot.com/2011/08/kad-raya-giveaway.html
11. http://ezdarkexiouse.blogspot.com/2011/08/kad-raya-giveaway.html
12.http://puterimawarmerahku.blogspot.com/2011/08/kad-raya-giveaway.html
13.http://ablogforgiveawaylovers.blogspot.com/2011/08/kad-raya-giveaway.html
14.http://aizurasatusatu.blogspot.com/2011/08/kad-raya-giveaway.html
15.http://nanakimie.blogspot.com/2011/08/kad-raya-giveaway.html
16.http://hairulizacontestga.blogspot.com/2011/08/kad-raya-giveaway.html
17.http://nonasani.blogspot.com/2011/08/kad-raya-giveaway.html
18.http://duniafantasicra.blogspot.com/2011/08/kad-raya-giveaway.html
19.http://sukahati-fieda.blogspot.com/2011/08/kad-raya-giveaway.html
20.http://ainunqalbi.blogspot.com/2011/08/kad-raya-giveaway.html

Attention to these bloggers please inbox me you name and home address/any address that is reachable so that I could ask the POSMEN to give it to you guys.
To either my FB or my email
blackcaramel90@gmail.com

P/s: Siapa yang dah bagitau tu, thank you and wait for the Kad Raya ok!:)

As I Promise

Assalamualaikum
Well remember the older post about Kad Raya Giveaway? Even though I didn't get much supporter..but I'd promised to give them the kad raya, right? Here are the three lucky bloggers that will get Kad Raya from me..and I really appreciate them..thank you guys!:)


Cik Dola


Cik Una


En Izzwan

Attention to these three bloggers please inbox me you name and home address/any address that is reachable so that I could ask the POSMEN to give it to you guys.
To either my FB or my email
blackcaramel90@gmail.com

P/s: Inbox me by the end of this week, last day on Sunday.
Thank you:)

Saturday, August 6, 2011

Photoshoot Depan Rumah

Assalamualaikum, salam Ramadhan semua...Masih puasakah hari ini, atau ada yang dah cuti?hehe..
Petang tadi maybe sebab kebosanan, so ayah aku pun ajak aku keluar.
"Intan, jom jalan, bawak kamera" kata ayahku.
Aku pun dengan gembiranya menjawab, "Ok!"
Adik aku pun ikut sekali. Kalau dapat jalan, semua nak ikut.








Petang tadi sebelum berbuka, jalan-jalan dekat kawasan rumah aku. Yang lelaki tu adik aku, hensem kan?hahah..yang baby tu bukan. Yang belakang baby tu adik aku. 
Waktu-waktu bulan puasa ni, tak menghalang dari membuat sesuatu kerja. Janganlah jadikan bulan puasa sebagai alasan untuk mengelak daripada bekerja. Tingkatkan kualiti kerja sewaktu di bulan puasa ni.
Jangan asyik tidur je, hehe, banyak lagi kerja yang berfaedah yang kita boleh buat. Contoh, photoshoot. hahaha. Mungkin kerana minat aku dan ayah aku sama jadi fotografi menjadi pilihan pada waktu-waktu lapang. 

Bulan puasa ni banyak fadhilatnya.pintu syurga dibuka sepanjang bulan Ramadhan, pintu neraka pula ditutup. Bulan Ramadhan datangnya hanya sekali setahun, kita tak tahu tahun depan dapat lagi ke tak berpuasa. Tingkat kan kualiti puasa, selamat beramal sahabat!:)

P/s: Marilah join GA ni

Aku Nak Bagi Kad Raya, Siapa Nak?

Assalamualaikum..
Aku berhajat untuk memberi kad raya kepada 20 orang yang bertuah. Walaupun dunia ni makin berteknologi tinggi, kad raya pun dah boleh send pakai e-mail. Tapi aku tetap suka kad raya "oldstyle".


Caranya mudah sahaja:
1. Buat satu entry bertajuk Kad Raya Giveaway, letak banner di atas dan link kan ke entry/blog aku ya
2. Nak buat entry panjang atau pendek its up to you guys
3. Either you guys want to follow me also up to you guys. Tak nak paksa-paksa korang.
3. Letak link/url entry korang kat komen di bawah
4. Penyertaan bermula hari ini 6 Ogos 2011-12 Ogos 2011(pukul12.00malam)

20 orang yang LUCKY akan mendapat kad raya daripada aku. Walaupun penyertaan kurang dari 20, ataupun 2-3 orang je yang join, aku tetap akan bagi kad raya. Siapa cepat dia dapat!


P/s: Kad raya tersebut akan dipos..bukan by hand melainkan orang tu dok sebelah rumah aku, aku bagi by hand je lah..hehe..Oh ya!Jangan ponteng puasa, berdosa..Chill:)