SELAMAT DATANG^-^

Hi guys..Welcome to Mr Dong's and Miss YaYa's Blog..Your comments, suggestions, "kritikan membina" are most welcome..Who am I? I let you know then. I'm just that girl who loves and has passion in PHOTOGRAPHY, DANCING, ART and FOOD. Currently a student of Food Science and Technology , Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. WARNING:THIS BLOG CONTAIN A LOT OF PHOTOS, IT MIGHT GIVES YOU HEADACHE OR SOAR EYES. SO BE CAREFUL. AND ALL THE PHOTOS ARE MY COPYRIGHT ANY SHARING OR CARING PLEASE INFORM ME. THANK YOU

Tuesday, August 16, 2011

Baju Raya, Penting ke?


Assalamualaikum..Semua orang mesti dah siap baju raya kan.Memandangkan puasa pun tinggal lebih kurang 15 hari lagi. Ramai pun dah mula sibuk dengan persiapan raya. Rasanya semua kedai baju, shopping mall sesak dengan manusia, lagi-lagi time weekends.

Sebenarnya tak salah untuk kita membeli baju raya tiap-tiap tahun. Tiap-tiap tahun baju raya berubah mengikut warna. Tapi apa yang kita perlu ingat ialah jangan membazir hanya untuk membeli baju raya. Kalau sepasang baju boleh mencecah hampir RM200 ringgit, bagi aku itu mungkin agak keterlaluan. Mungkin bagi orang lain, mereka merasa kan bahawa RM200 itu harga normal bagi sepasang baju. Tapi tidak bagi aku. Mungkin sebab aku bukan lah orang yang kaya dan mampu untuk membeli macam-macam jenis baju. Bukan aku suruh beli baju murah ke apa, cuma membeli ikut kemampuan dan keperluan. Dan untuk mengelak dari perasaan riak. Kalau beli baju baru tu jangan lah pulak pergi menunjuk-nunjuk satu kampung yang kita dah beli baju raya. Itu riak namanya. Dan riak itu berdosa.

Tak kisah lah baju raya tu baju lama, yang penting bersih dan sedap mata memandang. Jangan lah pulak pakai baju yang dah tumpah kari kat atasnya. Orang lain tengok pun semacam. Haha.. Aku sendiri pun tak buat baju raya tahun ni. Tak teringat pun nak buat baju baru. Sampai nak dekat puasa baru ibu aku tanya bila nak hantar kain. Memang dah terlambat la kan. Sebab time-time dah dekat puasa memang tukang jahit dah tak terima kain-kain ni. Lagipun baju-baju yang ada tu masih lagi elok. So aku pakai je lah apa yang ada. Syukur, Alhamdulilllah kita sudah kira beruntung sebab mampu untuk membeli baju raya baru. Tapi bagaimana nasib mereka yang miskin dan tak mampu?

 Uih lawa beno awek-awek pakai baju kurung ni. Hehe..Boleh ngorat?

P/s: Baju RM200 tak ada kena mengena dengan sesiapa pun. Aku saja letak. Baju kurung sepasang RM80 pun aku dah tak mampu. Haha..Chill guys!

10 comments:

Eyka said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

pentingggggggggggggggggg!!

erkk! okbai ;p

Anonymous said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hahaha...aku dh tiga tahun x tukar baju raya...bukan sbb xde duit.. tp badan aku ni x boleh nk membesar lg dah..hahaha..masih muat pakai la...

Nur Intan Syafinaz said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Eyka hahahaha

Nur Intan Syafinaz said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Syakir Rahman takleh nk mmbesar lagi dah?haha..betul2..muat lg pakai la..

CintaZulaikha said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

baju raya akak sepasang ja, syukran...huhu

Shah Scander said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Soal harga mahal murah, baru atau lama semuanya bergantung kepada individu. Contohnya:

1) Jika baju seseorang itu dirasakan tak boleh dipakai sebab x muat atau kalau pakai lagi sedara mara akan sedar, lebih baik beli yg baru.

2) Jika seseorang itu mampu utk membeli baju dgn harga lebih mahal sikit apa salahnya. Tapi janganla tak mampu tapi sanggup bergolok gadai berhutang semata-mata nak beli yg mahal tu juga.

Nur Intan Syafinaz said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@CintaZulaikha haha..xpe akak sepasang pun ok je..mesti meletup akn bju akak yg sepasang tu..haha

Nur Intan Syafinaz said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Iskandar Shah mahal sikit tu ok..jgn mahal melampau2..kesederhanaan tu lebih baik..

Anonymous said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nice pic...seha

Nur Intan Syafinaz said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Anonymous hahahaha...