SELAMAT DATANG^-^

Hi guys..Welcome to Mr Dong's and Miss YaYa's Blog..Your comments, suggestions, "kritikan membina" are most welcome..Who am I? I let you know then. I'm just that girl who loves and has passion in PHOTOGRAPHY, DANCING, ART and FOOD. Currently a student of Food Science and Technology , Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. WARNING:THIS BLOG CONTAIN A LOT OF PHOTOS, IT MIGHT GIVES YOU HEADACHE OR SOAR EYES. SO BE CAREFUL. AND ALL THE PHOTOS ARE MY COPYRIGHT ANY SHARING OR CARING PLEASE INFORM ME. THANK YOU

Friday, August 26, 2011

Kesalahan Berhari Raya

Assalamualaikum. 
Baiklah ini entry terakhir sebelum raya. Maknanya aku tak akan online sampai lah aku balik rumah. Sebab kat umah atuk aku tak ada internet. huhuhu..

Kadang-kadang kita tidak sedar kesalahan yang kita lakukan semasa berhari raya. Jadi eloklah kita sama-sama memperingati antara satu sama lain. Entry ini jugak untuk peringatan aku jugak. Tadi semasa membelek belek Majalah Solusi Isu 34, aku terbaca satu page ini about the wrong doings during Hari Raya.


  • Bermegah-megah dengan persiapan hari raya yang melampau dari segi pakaian, dekorasi rumah, menu dan sebagainya. Pembaziran berleluasa.
  • Bersalaman antara lelaki dan perempuan ajnabi.
  • Beria-ria solat sunat Hari Raya tapi tidak solat Subuh dan Zuhur.
  • Tabarruj (melampau dalam berhias) bagi wanita.
  • Makan berlebihan.
  • Minta maaf bermusin; hanya pada hari raya sahaja.
  • Tidak mengutamakan menziarahi jiran, saudara-mara, rakan taulan, tetapi sibuk menonton TV di rumah terutamanya bagi generasi muda.
  • Raya sebulan sehinggakan terlupa untuk berpuasa enam dalam bulan Syawal. Padahal dalam Islam, raya Aidilfitri hanya sehari . Sebab itulah hanya 1 Syawal sahaja yang diharamkan berpuasa, sedangkan hari raya kedua dan seterusnya sudah boleh mula berpuasa sunat.
[Source: Majalah Solusi Isu 34 page 72]

So korang semua dah besar fikir-fikirkanlah. Korang dah boleh beza antara baik dan buruk.
Memandangkan aku akan bertolak pulang ke Batu Pahat, Johor pada esok pagi, so korang jangan rindu kat aku sebab aku tak online. hahahahaha
P/s: Siapa yang tahu alamat rumah aku tu, marilah datang raya kat umah aku sahabat-sahabatku. Pintu aku sentiasa terbuka untuk korang, kecuali pencuri, perompak, penyamun, sorry you guys are not invited. Tendang jauh-jauh..

Woot- woot Posto Lagi

Assalamualaikum
Tadi aku baru je dapat satu lagi kad raya. Ok poskad bukan kad..aish lebih kurang le tu.
Orang yang kelima bagi aku kad raya ialah En. Amier Azrul. Merupakan senior aku jugak dekat UPM. Banyak beno senior aku kan?hahahahaha
Perkenalkan blog beliau!


Uih! Hensem kan dia you alls!!hahaha..
Tapi maaflah sudah berpunya..kuikuikui
So jom lah terjah dia! Bukan terjah orangnya tapi blog nya.
One more thing I always read his blog!

P/s: Abang Amier suruh aku visit blog dia selalu..So pesanan tuk Abang Amier visit lah blog saya selalu..hehehe

Thursday, August 25, 2011

Terima Kasih Daun Keladi, Nanti Bagilah Lagi

Assalamualaikum.
Di sini nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang telah bersusah payah kepada mereka yang telah memberi kad raya pada aku. Memang hati ku berbunga-bunga bila abang posmen yang hensem lagi macho dengan uniform nya datang menyampaikan kad raya pada aku. ~Ceh ayat aku taknak kalah lagi tu~
Anyway, ini dia mereka-mereka yang baik hati memberi kad raya pada aku. Jom terjah blog mereka!!

Orang yang pertama yang hantar kad raya pada aku jatuh kepada En. Penyu!! Nama gelaran yang diberi adalah penyu tapi nama sebenar ialah Muhd Fadil. Orangnya peramah lagi femes! Lagi-lagi dekat Blogger Perak, retis gitu! hahahahaha...korang jangan risau entry dia best-best dan dia merupakan salah satu blog yang bila update je aku baca. Conform korang tak rugi punya baca blog dia.

Orang kedua yang bagi aku kad raya ialah En. Iskandar Shah!!Oh yeah dia ni senior aku di UPM tapi dia dah graduate. Dah habis belajar. Blog dia sangat kemas dan cara penulisannya sangat teratur. Mudah untuk dibaca. Orangnya lawak dan mempunyai pendapat yang tersendiri. Memang aku rajin baca blog dia bila dia update. Tak rugi jugak baca blog dia. (En. Iskandar bila lagi agaknya boleh perform sama-sama ya?)

The third one goes to Cik Fiezah Kecik. Dari nama mungkin orangnya kecik comel. Dia pernah join aku punya Kad Raya Giveaway. Dari alamat yang diberi, dia tinggal di Sarawak. Jauh siot!! Masa nak pos kad raya tu risau je aku kad raya tu tenggelam dalam laut. Hahaha. Aku pun tak sangka dia akan balas kad raya aku. Thank you dear. 

Now the fourth one goes to Cik Norhidayah Muhamad Yusni. Thank you so much dear. Aku kenal dia di Life with Sandra Facebook Group. Mula-mula aku pos kad raya dulu then dia balas balik. Bekerja di KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA, Putrajaya. So siapa-siapa nak tanya berkaitan dengan pendidikan boleh lah tanya pada Cik Norhidayah ya..hehehe

Ok memang aku tak popular sebab 4 keping kad raya je yang aku dapat. Tapi takpe, aku sangat gembira dan berterima kasih dengan keikhlasan mereka yang telah memberikan aku kad raya. A zillion thank you and kisses for you guys!!


P/s: Terjah lah blog mereka ni. Mereka ini bukan sahaja baik hati tapi macho, hensem, kacak, tampan, cantik, comel, pretty, awesome, amazing people. Ok aku tak tahu apa lagi kata adjektif yang sewaktu dengannya akibat kekurangan vocabulary.
Ok chill guys!