Assalamualaikum.
Baiklah ini entry terakhir sebelum raya. Maknanya aku tak akan online sampai lah aku balik rumah. Sebab kat umah atuk aku tak ada internet. huhuhu..
Kadang-kadang kita tidak sedar kesalahan yang kita lakukan semasa berhari raya. Jadi eloklah kita sama-sama memperingati antara satu sama lain. Entry ini jugak untuk peringatan aku jugak. Tadi semasa membelek belek Majalah Solusi Isu 34, aku terbaca satu page ini about the wrong doings during Hari Raya.
- Bermegah-megah dengan persiapan hari raya yang melampau dari segi pakaian, dekorasi rumah, menu dan sebagainya. Pembaziran berleluasa.
- Bersalaman antara lelaki dan perempuan ajnabi.
- Beria-ria solat sunat Hari Raya tapi tidak solat Subuh dan Zuhur.
- Tabarruj (melampau dalam berhias) bagi wanita.
- Makan berlebihan.
- Minta maaf bermusin; hanya pada hari raya sahaja.
- Tidak mengutamakan menziarahi jiran, saudara-mara, rakan taulan, tetapi sibuk menonton TV di rumah terutamanya bagi generasi muda.
- Raya sebulan sehinggakan terlupa untuk berpuasa enam dalam bulan Syawal. Padahal dalam Islam, raya Aidilfitri hanya sehari . Sebab itulah hanya 1 Syawal sahaja yang diharamkan berpuasa, sedangkan hari raya kedua dan seterusnya sudah boleh mula berpuasa sunat.
So korang semua dah besar fikir-fikirkanlah. Korang dah boleh beza antara baik dan buruk.
Memandangkan aku akan bertolak pulang ke Batu Pahat, Johor pada esok pagi, so korang jangan rindu kat aku sebab aku tak online. hahahahaha
P/s: Siapa yang tahu alamat rumah aku tu, marilah datang raya kat umah aku sahabat-sahabatku. Pintu aku sentiasa terbuka untuk korang, kecuali pencuri, perompak, penyamun, sorry you guys are not invited. Tendang jauh-jauh..


15 comments:
raya tahun ni lah raya paling simple dalam idop, syukur alhamdulillah..aminn
ati2 di jalan raya bila memandu k.. ke naik bas, kalau naik bas, cakap kat pakcik tuh, "saya belom kawen, jadik paham2 yer pakcik" hehe~
@CintaZulaikha Alhamdulillah...
Insyaallah..Akak pun tc ok! elok2 bawak kereta..kim salam pada si ikha yang comel lote tu...hehehe
raya tahun ni, takde pun beriya sangat...setakat termampu je persiapannya...yg penting dpt berhariraya bersama keluarga kan...salam aidilfitri ya :)
@iyan shazlind Alhamdulillah..kesederhanaan tu penting...Ya betul yg penting dapat bersama keluarga dan sahabat2 tersayang...Salam Aidilfitri juga:)
thun ni baju mlayu spasang je. tu pn ad org tlg belikn. kalo x, mmg beraya ngn kain pelikat jela . hehe
hehe. gile rajin ko smpat taip balik ape yg ko amek kat majalah tuh.^_^
@Encik JI hahahaha..xpela..ok lah tu..aku ag la mne ade baju baru..heheh..kain pelekat pun boleh~~hehe
@Zulfahmi Abidin hahahaha..td rushing gak menaip sbb ibu aku suh siapkan baju..naseb bek takde typo.hehe
kemaafan di hari raya
huhu~ suka bca solusi ek?
solusi bahasa dia tinggi..
btw,
walupun agk lmbt nk wish jugak unt awk
slamat hari raya ok ^^
@K O R I E yup2 suka la jugak..majalah islamik memang penuh dengan ayat yang tinggi...heheh
gulp~~~bnyk salahnye tuh~~~hehe
@Irma A.Wahid hahaha...aku pun sama jugak banyak salah..tp kite kena sentiasa ingt mengingati:)
aku beraya kat tmpat kje jer..huhuuu...ksiankan aku...wekkkk..kurang skit amalan pmbaziran aku taon ni...
@RAINS INDRANI FIRDAUS hahaha..xpe2..ok jugak tu..
Post a Comment