Assalamualaikum, bermula dari 14 Oktober hingga 19 Oktober 2011, Pesta Konvokesyen Universiti Putra Malaysia akan berlangsung di Bukit Ekspo, Taman Pertanian Universiti, UPM. Apa yang menarik? Terdapat gerai-gerai jualan pakaian, buku-buku, tudung, dan juga gerai-gerai makanan. Begitu juga booth-booth untuk khidmat pakar pertanian, makanan dan juga keusahawanan. Bagi aku Pesta Konvo UPM memang menarik dan best! Sebab ada macam-macam acara dan pertandingan. Contohnya paintball, target shooting, food craft dan pertandingan fotografi. Aku tak join sebab kena like. MALAS.
Baju kurung yang sangat cantik!
Bagi mereka yang sukakan aksesori. Yang bunga gedabak besar tu aku tak tau la nak letak kat mana.Hahaha
Kemeja-kemeja bagi gadis-gadis ayu dan cun. Dah tentunya bukan pilihan aku.
Hamek kau! Panjang gila gerai!
Bagi mereka yang sukakan bunga orkid, pun ada jual.
These are my friends!! Geng bas sekolah, tapi ada lagi yang takda dalam gambar ni.
Aku beria ajak kawan-kawan aku main benda ni. Yang letak pasir warna warni tu. Dah lama dah aku nak buat, at last dapat jugak!! Inilah hasil dari sumbangan semua orang. TAHNIAH
Ini adalah acara kemuncak KONSERT GEGAR KLfm@UPM
16-17 Oktober 2011
16 Okt : ALI TERRA ROSSA, AFEE UTOPIA, ONE NATION EMCEE, VIP & ADAM (AF), KAREN TAN (AF), MIMIE DJ KLFM, SONIC DJ KLFM DAN PELAJAR UPM
17 Okt: J. SHAM, NING BAIZURA, SHILA HAMZAH, MEET UNCLE HUSSEIN, AH CHONG (RAJA LAWAK), TAUKE (RAJA LAWAK), SONIC DJ KLFM DAN PELAJAR UPM.
Bagi mereka yang berdekatan, mari kita gegarkan UPM. hahahaha..carilah aku kat sana sampai jumpa ya.
P/s: Aku ada test esok. Doakan aku ya. Terima kasih:)


7 comments:
ade gmbar i la...^^
@cik bintang hahahaha..harus lah ade..
best pesta konvo ni kan? goodluck utk test! :)
@iMBobo haha..best2..thank you!!
yang rantai2 tu skang banyak bentuk burung hantu kan? selalu je nampak orang pakai. hantu ke hape? hihi
@Penyu hahaha..banyak gile kat gerai2 tu..mungkin mereka nk bela burung hantu takleh, beli rantai tu pun jadilah..hahaha
Sila datang ke Ekspo Pertanian dan Pesta Konvo UPM tahun ni pada 12-16 Oktober 2012. Bawa bersama semua kawan-kawan. Terima kasih.
Post a Comment