Hati ini resah dan tak tentu bila masa yang ditunggu tiba. Kaki mula melangkah keluar dari kapal terbang SAUDI ARABIAN AIRLINES. Lapan jam perjalanan memang cukup memenatkan tapi terasa excited bila kaki mula menjejak tanah suci Madinah.
MASHAALLAH!!ALHAMDULILLAH!!!Detik hati yang kecil ini. Aku dijemput Allah untuk datang ke kota haramMu. Al Madinah Al Munawwarah, Kota yang bercahaya yang dahulunya dipanggil Yathrib ialah kota paling suci yang kedua bagi umat Islam. Madinah.
Inilah kota nabi. Tempat nabi dihargai, disayangi dan dilindungi.
Kebetulan aku berada di Madinah pada 10 Jun, iaitu tarikh hari lahir ku. Mengerjakan umrah adalah HADIAH hari lahir yang paling BEST. Melihat keindahan ciptaan Allah di kota suci menyejukkan hati ini. Hati ini tidak putus-putus mengucapkan Alhamdulillah tanda kesyukuran tiba di Madinah.
Subhanallah.Cantiknya.Perkataan yang sering keluar dari bibirku. Bukan sahaja Masjid Nabawi cantik tetapi penduduk-penduduk Madinah juga cantik paras rupanya. Madinah ini kota yang suci. Bertuahnya mereka yang selalu dapt menziarahi kota ini.
Anas r.a. mengatakan bahwa Nabi saw bersabda, “Madinah itu haram (tanah suci) dari ini sampai ini, tidak boleh dipotong (ditebang) pohonnya, dan tidak boleh dilakukan bid’ah di dalamnya. Barangsiapa yang membuat bid’ah (atau melindungi orang yang berbuat bid’ah) di dalamnya, maka ia terkena laknat Allah, malaikat, dan manusia seluruhnya.”
"Ibu nak cuba masuk Raudhah la. Semalam tak dapat, ramai sangat orang" kata ibu ku dengan semangat. Alhamdulillah berkat kesabaran dan ketegarannya, dapat juga masuk ke Raudhah. Tempat ini yang memiliki fadhilah (keutamaan) apabila seseorang melakukan ibadah
Abu Hurairah r.a. mengatakan bahwa Nabi saw. bersabda, “Di antara rumahku dengan mimbarku terletak sebuah raudhah (taman) dari taman-taman syurga. Mimbarku itu ada di atas telagaku.”
P/s: MMG dan Rindu aku pada MEKAH dan MADINAH (Episod 2) akan menyusul
2 comments:
bertuanya intan dah sampai ke sana :)
Ade rezeki..lepas ni rse cm nk g sne..insyaallah kak as akn dpt g gak..
Post a Comment