SELAMAT DATANG^-^

Hi guys..Welcome to Mr Dong's and Miss YaYa's Blog..Your comments, suggestions, "kritikan membina" are most welcome..Who am I? I let you know then. I'm just that girl who loves and has passion in PHOTOGRAPHY, DANCING, ART and FOOD. Currently a student of Food Science and Technology , Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. WARNING:THIS BLOG CONTAIN A LOT OF PHOTOS, IT MIGHT GIVES YOU HEADACHE OR SOAR EYES. SO BE CAREFUL. AND ALL THE PHOTOS ARE MY COPYRIGHT ANY SHARING OR CARING PLEASE INFORM ME. THANK YOU

Sunday, March 20, 2011

Rindu aku pada MEKAH dan MADINAH (Episod 2)

Perjalanan kami sepanjang berada di tanah haram telah dijadualkan. Di Madinah selama lebih kurang empat hari dan hari yang selebihnya kami akan berada di Tanah Haram Mekah. Perjalanan dari Madinah ke Mekah mengambil masa lebih kurang enam jam. Subhanallhah. Jauhnya. Sabar, sabar. Walaupun keadaan gelap di padang pasir, rasa bosan tidak pernah menghantui diri. Ustaz sentiasa bercerita tentang keindahan Madinah dan Mekah. Beliau sentiasa mengingatkan kami tentang perkara-perkara yang haram dilakukan ketika dalam ihram. Memandangkan kami akan berniat umrah di Bir Ali. Ustaz kata " Mahu masuk ke Tanah Haram ini tidak boleh begitu begitu aja. Adalah wajib bagi mereka yang mahu masuk untuk berniat ihram." Dialek Indonesianya masih lagi pekat bila berkata-kata. Tapi bagi aku ustaz-ustaz yang menjadi "guide" semuanya baik baik belaka. 'Kalau dapat calon lelaki macam tu, Alhamdulillah.' getus hati ku.
Cahaya mula memancar. Wah. Aku sudah sampai ke Tanah Haram Mekah. Dari jauh ustaz menunjuk jarinya ke arah menara-menara yang indah bercahaya, megah berdiri."Itulah Masjidil Haram." kata ustaz. Subhanallah indahnya. 
Dengan berpakaian ihram, kaki kecil ku yang jasadnya kepunyaan Allah mula melangkah ke arah King Abdul Aziz Gate. Dengan izin Allah, mata ini memandang Kaabah yang sedang berdiri di hadapanku. Hati ini berteriak. Tidak mampu berkata apa. Mashaallah. Subhanallah. Ya Allah ampun kan lah dosaku. Bukan mahu menipu atau menokok tambah cerita tetapi hati ini tidak mampu menyekat air mata yang mengalir. 



Tidak ada Tuhan melainkan Allah, Tidak ada Tuhan melainkan Allah, Tidak ada Tuhan melainkan Allah, 
Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung .

Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya, Tuhan yang memerintah segala sesuatu, bagiNya segala pujian dan Dialah Tuhan yang berkuasa ke atas tiap-tiap suatu, ku mohon berlindung dengan Tuhan yang empunya rumah ini (Kaabah) daripada kekufuran, kemiskinan, azab kubur, sempit fikiran, rahmat Allah dan sejahteranya mencucuri ke atas Saidina Muhammads.a.w, keluarganya dan sahabat-sahabatnya. Ya Allah tambahkanlah Baitullah ini dengan kemuliaan, kebesaran, keagungan, kebaikan, dan tambahkanlah kurniaMu kepada sesiapa juga yang memuliakannya (Baitullah) dan membesarkannya dari kalangan yang mengerjakan haji dan umrah dengan kemuliaan, kebesaran dan kebajikan.
Lakaran Perjalanan Dari Lensa Kamera









P/s: Maaf sekiranya cerita tak best.. sebab aku bukan reti sgt nk tulis ayt2 best mcm dlm novel.
sekdar berkongsi pglaman dan sekiranya di luar sne yg brkemampuan korg pergi la..CONFORM x rugi!..
aku sendiri nak prgi lagi..dan korang akn tau la mcmne perasaan RINDU aku pada MEKAH dan MADINAH!