Assalamualaikum..
Ada dua perkara yang menyebabkan aku tidak sabar menunggu hari esok iaitu 1 Ogos 2011, 1Ramadhan 1432 Hijrah.
Yang pertama, semua sudah sedia maklum tentang bermulanya puasa esok hari. Memang aku rasa tak sabar nak puasa. Selalunya aku akan berpuasa bukan di rumah tetapi di kolej. Tapi tahun ini Alhamdulillah sebulan berpuasa di rumah. Jadi di kesempatan ini aku nak mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam di muka bumi ini. Pada bulan yang baik ini, ambil yang jernih bersihkan yang kotor. Sekiranya ada yang membuat kesalahan maka tegurlah dengan baik. Sama-sama lah kita saling memperingatkan antara satu sama lain.
Sahur itu sunnah jadi jangan korang tak bangun sahur pulak. Syaitan dah kena ikat jadi nafsu pulak yang main peranan.
"Ramadan is a month whose beginning is mercy, whose middle is forgiveness, & whose end is freedom from the fire of hell."
Yang keduanya, selama lebih kurang 12 hari aku menjadi suri rumah sepenuh masa. Tahap kerinduan aku dah membuak-buak. Esok Insyaallah ibu dan ayah aku akan tiba di Malaysia. Pulang dari mengerjakan umrah buat kali kedua. Memang aku jeles sebab ayah ngan ibu aku dapat pergi sekali lagi. Puas ayah aku jeles kan aku sebelum dia pergi hari tu. Hot je aku..haha...Anyway Insyaallah mereka akan pulang esok. Mungkin waktu sahur tinggal kami bertiga je, tapi nanti berbuka meriah sikit.
Mom and dad miss you already:)
That is all for today.
P/s: Malam ni solat terawikh! Jom ramai-ramai pergi solat!

7 comments:
eid mubarak...selamat berpose yer..kirim salam ngn famili.
@CintaZulaikha tq akak..akak pun slamat berpuasa!:)..kim salam kat baby ye..hehe
kira ko da lulus ar jadi suri rumah sementara...tahniah..
@Muhammad Izzwan hahaha..tunggu orang pinang aku je!Siapa cepat dia dapat!hahahaha..
tggu je la..nnt mak ayah aku smpi..cincin nk besar mana??bhahaha!!!
@Muhammad Izzwan uih..bukan main ag..kena amik no dulu..ramai yg nak kat aku ni..hahahaha
ala~~~~!!!
Post a Comment