Assalamualaikum
Hai guys..
Pada 2 Julai 2011, aku ikut ayah aku pergi ke Litar Dato' Sagor, Kg. Gajah, Perak
Ada apa kat sana? Tengok orang racing kereta. Best yo!
Sekali lagi GiatMara Malaysia menghantar wakil.
Enjin yang sama tetapi design yang berbeza.Ayah aku cakap la.
Wakil-wakil dari IKM, KKTM yang pernah berentap di IPMARace juga masuk bertanding di EIMARace ni.
Wah hensem-hensem abang-abang litar kita kat atas ni. Mereka ini la pemandu-pemandu kereta. Mungkin satu hari nanti boleh jadi pemandu F1 pulak. Ha pilih-pilih mana suka.
Memang best dapat tengok car racing live macam ni. Litar ni agak kecik berbanding dengan litar di Melaka hari itu. Dan bagi aku, keselamatan agak kurang. Tapi Alhamdulillah aku tengok tiada siapa yang cedera, walaupun ada jugak kereta yang bertembung antara satu sama lain. Ada yang terberhenti di tengah-tengah jalan dan keadaan itu agak cemas sebab kereta-kereta lain sedang bergerak laju. Cuak gak tengok.
Dan banyak jugak yang terdampar di tepi-tepi jalan kerana tidak mampu untuk bertahan sebanyak 40 lap.
Keputusan secara keseluruhan aku tak tau.
Yang aku tau cuma 1-5 sahaja
1 - Jasin Cobra (IKM JASIN, MELAKA)
2 - Dusun Tua Motorsports Development Team (DTMT) (IKBN DUSUN TUA)
3 - Beseri Autotech Motorsport (BAMs) (IKM BESERI, PERLIS)
4 - PSP Thunder
5 - Beseri Innovation Motorsport (BIMs)
2 - Dusun Tua Motorsports Development Team (DTMT) (IKBN DUSUN TUA)
3 - Beseri Autotech Motorsport (BAMs) (IKM BESERI, PERLIS)
4 - PSP Thunder
5 - Beseri Innovation Motorsport (BIMs)
Tahniah kepada pemenang. Pertandingan memang sengit sebab kereta-kereta semuanya berpotensi untuk mendapat tempat yang bagus. Lebih-lebih lagi perlumbaan sengit antara IKM TSYA (Juara IPMARace 2011) dan IKM JASIN. Tapi apa kan daya, IKM TSYA kecundang di tengah jalan. Maka memberi peluang kepada IKM JASIN untuk mendapat JUARA. It was a twist and i didn't expected it. I thought IKM TSYA would win again. Well anything can happen right?
P/s: Tahun ni aku dapat pergi tahun depan aku tak tau la dapat pergi lagi ke tak.Kalau dapat ok gak.
BEST!

3 comments:
may have ur permission to save some of the pictures in ur blog for my use? these eimarace pictures i mean. tq :)
@imran.meghe sure! go ahead! u r welcome:D
Sorry. But, boleh tak guide me, litar ni sebenarnye kat mane. Sbab nak pgi race thun ni but tk sure litar tu nye location. Thanx :)
Post a Comment