SELAMAT DATANG^-^

Hi guys..Welcome to Mr Dong's and Miss YaYa's Blog..Your comments, suggestions, "kritikan membina" are most welcome..Who am I? I let you know then. I'm just that girl who loves and has passion in PHOTOGRAPHY, DANCING, ART and FOOD. Currently a student of Food Science and Technology , Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. WARNING:THIS BLOG CONTAIN A LOT OF PHOTOS, IT MIGHT GIVES YOU HEADACHE OR SOAR EYES. SO BE CAREFUL. AND ALL THE PHOTOS ARE MY COPYRIGHT ANY SHARING OR CARING PLEASE INFORM ME. THANK YOU

Friday, July 8, 2011

~Outdoor Photography~Anjuran Kolej Komuniti Sg. Siput dengan kerjasama IPG Ipoh.

Assalamualaikum..
Pada 4 dan 5 Julai hari tu aku ke Kolej Komuniti Sg. Siput.
KKSS mengadakan Kursus Fotografi DSLR.
Penceramah nya diimport dari Damansara.
Sedikit sebanyak aku dapat tau la jugak bagaimana hendak menggunakan reflector, filter..Macam-macam lah..Yang best nya kuursus ini lebih mengutamakan praktikal. Jadi kebanyakan pembelajaran dilakukan di luar dewan kuliah.
Peserta terdiri daripada pensyarah-pensyarah IPG, Ipoh.
Pada permulaan nya penceramah menceritakan pengenalan tentang ISO, Shutter Speed dan Aperture. 3 perkara ini adalah yang paling penting dalam penggunaan DSLR. Kalau nak guna DSLR kena master tiga perkara ni dahulu. Untuk outdoor photography, hari pertama kiteorang ke Ulu Chepor. Dan hari kedua kami ke Pekan Kuala Kangsar

Fokus mendengar penjelasan daripada penceramah

Semua nak cuba tangkap gambar
Aku punya model


 Its just so great to see the nature. Dah lama rasa nya tak pergi ke sungai. Air sejuk sangat. Tak mandi pun.
Muka nya yang toye je


Pekena ABC tengah panas memang best!


Dapat jugak makan laksa Kuala Kangsar. Really enjoy the outdoor photography. Banyak jugak yang aku pelajari. Anyway kepada sesiapa yang berminat hendak menyertai kursus pendek seperti ini korang boleh cuba cari kat laman web Kolej Komuniti. Macam-macam kursus ada, masak, menjahit, fotografi, muzik dan lain-lain. yuran diantara RM5-RM20 sahaja. Tempoh dalam lebih kurang 20-32 jam.
So daripada menghabiskan masa buat kerja tak berfaedah baik la korang pergi kursus yang macam ni.

P/s: Penceramah tu ayah aku..hahaha